SEJARAH RINGKAS
SK. PANGKALAN TLDM, KOTA KINABALU
-Beroperasi pada 3 Januari 2007. Satu kumpulan staff PPG, Kota Kinabalu yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu, Ybhg. Dr Hj. Mohd Kassim bin Hj. Ibrahim telah menyelaras pendaftaran murid dan pengoperasian sekolah.
- Didaftar di Kementerian Pelajaran Malaysia, nama sekolah pada ketika itu ialah Sekolah Kebangsaan Kem Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.
- Hanya 4 orang guru sahaja semasa hari pertama persekolahan.
- Mempunyai 8 kelas dari tahun 1 hingga tahun 6.
- Guru besar pertama ialah En. Akil bin Daring
LOGO SEKOLAH
MISI SEKOLAH
1. Membentuk satu sistem pengurusan sekolah yang BERKESAN, BERPASUKAN ke arah budaya kerja PENYAYANG, BERMATLAMAT serta BERFOKUS.
2. Mewujudkan suasana dan persekitaran serta budaya sekolah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3. Melatih murid berdikar, bertolak ansur memupuk perasaan muhibah dan perpaduan yang harmoni, stabil serta celik akal dan kefahaman mengenai persekitaran alam, budaya dan hidup bermasyarakat.
4. Memantapkan saluran pembelajaran berasaskan aktiviti yang terancang melalui aktiviti kurikulum.
5. Melahirkan warganegara yang mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara demokrasi, ideologi dan idealisme kepimpinan negara.